Manusia ini semuanya mahu syurga, tapi semua tak mahu mati kerana semua tahu andai mati, semua ke neraka, padahal kalau nak ke syurga wajibnya mati.
Sunday, August 9, 2009
Geylang si manusia
Geylang si paku geylang ,
Geylang si manusia ,
Orang jadilah orang ,
Jadilah orang ,
Jangan binatang .
Nota kaki : saya pun manusia .
Bicara untuk dia
Saya diajar ,
Selepas Esa ,
Dahulukan dia ,
Seterusnya dia juga ,
Seterusnya pun dia ,
Tiada kata susun bicara ,
Betapa mulia persatu jerihnya ,
Dari menggendong beban di rahimnya ,
Hingga menggendong beban di bahunya ,
Dia itu mak saya ,
Dan saya sayang mak saya .
p/s : selamat hari ulangtahun kepada mak saya . semoga sentiasa di sinar keredhaan-Nya
Subscribe to:
Posts (Atom)