Monday, October 4, 2010

Beza kita ?


 

"maki marahkan aku tak apa , tapi kalau maki menghina diri aku?" nada terpaksa namun dia jujur . Aku terdiam . Kelu , kaku dan bisu . Aku terhina sama , terasa diletak tahi di kepala . Jasad menggeletar akibat amarah tinggi menjulang , lebih tinggi daripada asap rokok berawakan . Tapi yang pasti , dia yang merasa , merasa yang amat lagi . Langsung di subuh 1 Syawal itu , aku bersetuju dengan amarahnya .


 

Ringkasan : bila kau angkat maruah dan kedudukan kau kepada dunia dengan akal , aku julangkan jari tengah aku kepada kau juga dengan akal . Kau hina cara kau , aku hina cara aku .

Wednesday, August 11, 2010

mak

. sila bersabar .

Wednesday, June 9, 2010

Sepi itu sendiri


 

Ruang waktu ini sepi ,
Dalam trapezium ini sepi ,
Di tengah keramaian itu sepi ,
Menyusur pekat malam sepi ,
Dengan hayunan langkah sepi .

Lalu mendongak dalam sepi ,
Kelip bintang menari-nari ,
Memalit senyum sendiri ,
Dan sepi lagi .

Sepi itu sendiri ,
Sendiri menghulur mimpi ,
Mimpi tanpa pelangi .


Monday, June 7, 2010

Mimpi


 

Masih lagi begini belum kuat lagi
Resah hati mahu saja lari
Padahal berkali berjanji tidak lagi
Tapi berkali rasa itu datang lagi
Dan aku berhenti
Mengait mimpi itu lagi

Kesekian kali kuhambat pergi
Kembali kau tawarkan mimpi
Aku mahu lari tapi kaki terhenti
Dan aku resah semakin gelisah
Lupa cinta, cita, dan harapan
Berganti obsesi penuh warna
Walau semua itu kusedari

Apakah esok juga begini ?
Biar tak pasti aku cuba berdiri
Sekalipun hanya debu hasrat menemani
Semoga kau tak menyapa lagi
Biarku berlari hingga ku kembali
Bersama mimpi yang bukan mimpi


Friday, February 26, 2010

Off to Jerangkang

 

14 feb – 16 feb 2010

Cant find words to describe it !

Happening n watsoeva !!!





 

Parau – perancang modus operandi

Janda – rejimen khas

Tempe – rejimen tentera bergajah

Pecut – pasukan pengebom berani mati

Kasut – rejimen kenderaan perang

Ketoi – rejimen forensic

Paip – unit bekalan senjata

Shahir – unit risikan khas

Pablo – unit tatatertib

Cair – komando khas

Aida – unit kelengkapan rapi

Reby – unit kawalan

Huda – unit makanan

Wednesday, February 24, 2010

Dalam kebisingan dan kebinasaan


 

figura ini bukan diam dalam kebisingan ,

malah berlumba-lumba ,

dan kebisingan tetap menang ,

hanya kerana dalam kebinasaan .

Tuesday, February 23, 2010

Tentang mata

Hari bersilih ganti ,

Yang semalam tak kembali ,

Yang esok belum pasti ,

Dan menatap kesekian kali ,

Dalam matamu yang semakin mati .


 

Dan aku menatap lagi ,

Dalam matamu yang semakin mati ,

Satu atau infiniti yang aku cari ,

Hanya tentang mata ini .


 

Dalam matamu yang semakin mati ,

Aku memandang lagi mencari ,

Tentang mata ini ,

Yang semakin mati .

Sunday, February 14, 2010

Kau itu aku


Ada penceroboh !
Mana zon selamat kau ?
Mana lingkaran sempadan kau ?
Kenapa mudah lut ?
Kau sedarkah dalam sedar kau ?
Kau mampukah ?
Kau nak tuding pencerobohkah , bila mana kau lihat jejak kau ?
Itulah kau , sedar dalam sedar tapi tak sedar !!!

Saturday, February 13, 2010

-ini tempat kosong-


. "I U" .
u cn say it a thousand times .
but , doesnt need to be told because need no words .

 

 

Wednesday, February 3, 2010

Kalau

Itu ini ,

Begitu begini ,

Macam tu macam ni ,

.

.

.

Kalau boleh ,

Saya seperti mahu membakul sampahkan byk benda .

Monday, January 25, 2010

bayang

Hari itu seperti hari sebelumnya ,

Menyelinap d balik bayang ,

Bila siang benderang ,

Hingga pagutan malam ,

Dan kelam melaknat terang ,

Sebelum d selimut setan ,

Tika esok seperti semalam .


 

Biarlah berselimut bayang ,

Bila siang membentang ,

Hilang di pekat malam .

Other way

I want to help you
But I don't know how
I want to soothe you
But I can't speak out
I have many fears
About rejection
I have many memories of pain
I have always been a little shy
So I'll turn and look the other way

I want to hold you
But I am afraid
I want to touch you
But I'm not that way
I have many doubts about my motives
I have many fears about my greed
I have always hurt the one that I love
So I'll turn and look the other way

Other way
Other way
I will turn and look the other way

Wednesday, January 13, 2010

Sesat

Bila kuat , kau panjat ,

Sampai rimbun kau sesat ,

Sana cabang sini cabang ,

Salah toleh kepala berlobang .


 

Kau kuat , kau panjat ,

Sampai pucuk terbongkang kelat ,

Jatuh lagi ke darat .


 

Kau mengaduh kau gali ,

Bukan perigi tapi bertali ,

Sesat lagi tapi tak mati .


 


 

Monday, January 11, 2010

Tiba tiba

saya

.

.

.

.

.

.

.

.

.

rasa bersalah

:-s