Monday, June 7, 2010

Mimpi


 

Masih lagi begini belum kuat lagi
Resah hati mahu saja lari
Padahal berkali berjanji tidak lagi
Tapi berkali rasa itu datang lagi
Dan aku berhenti
Mengait mimpi itu lagi

Kesekian kali kuhambat pergi
Kembali kau tawarkan mimpi
Aku mahu lari tapi kaki terhenti
Dan aku resah semakin gelisah
Lupa cinta, cita, dan harapan
Berganti obsesi penuh warna
Walau semua itu kusedari

Apakah esok juga begini ?
Biar tak pasti aku cuba berdiri
Sekalipun hanya debu hasrat menemani
Semoga kau tak menyapa lagi
Biarku berlari hingga ku kembali
Bersama mimpi yang bukan mimpi


No comments: