Thursday, December 27, 2012

Prakata Penjenamaan Semula

Lepas penat buang masa fikir, aku putuskan untuk penjenamaan semula blog bagi mengelakkan ianya pupus. Dengan misi "Penulisan Jujur Pemangkin Klimaks Sebenar", ianya semacam destinasi bagi blog ini. Kiranya sebelum ni aku menulis jujur jugak, tapi kurang jelas arah, maka kurang kepuasan bagi aku. Kalau dalam bidang senggama macam kurang sampai puncak klimaksnya. Begitulah kurang lebih perumpamaannya.

Baiklah, membaca bukan pilihan utama aku untuk diisi dalam ruangan hobi kalau tulis biodata masa sekolah rendah dulu. Sebab tu agaknya aku kurang cerdik macam sang kancil yang menipu buaya. Namun sesetengah buku, artikel, kitab, manuskrip atau karangan mampu menggoyangkan prinsip malas membaca aku. Setakat ini terdapat 2 gaya bahasa yang aku rasa bergaya dan tertawan. Mohon baca selanjutnya.

Imbas kembali, lahir blog aku adalah hasil pengaruh penulisan seorang senior waktu aku lanjut pengajian di salah satu universiti kerajaan dulu. Klik Jasadbeku untuk cubaan baca. Aku suka gaya bahasa beliau yang bagi aku mudah, klasik, berseni, so deep yet true dan power betul macam saing-saing dengan A. Samad Said. Okey, kalau tak kenal A. Samad Said aku syak kau mesti mat-mat atau minah-minah novel cinta yang penulis dia nama mesti nak ala unsur romentis, stailista, urban dan berbunga riang. Okey, aku tak kisah pun.

Selain garapan gaya klasik, gaya jujur yang kritis namun humornya tetap ada merupakan garapan yang membuka selera membaca aku. Ini kerana dalam senario dunia sekarang, sampah kepura-puraan, korupsi, agenda gelap, iluminati, Utusan Malaysia, duckface dan Beliebers terlalu banyak. Yang berani berdepan kenyataan pulak bilang jari pun tak habis. Jadi aku mengangkat penulisan jujur dan kritis sebagai karya agung yang berbaloi dibaca. Dah macam barang rare ni tahu.

Pengaruh gaya jujur ini terbit sejak hampir 2 tahun kebelakangan ini terutama daripada Lucius Maximus. Kalau yang katanya ultras Malaya tu, tak kenal Lucius Maximus tapi sama sibuk bangsatkan FAM atau sibuk hafal chant anjing tambah pulak minum air suam nak jaga suara agar merdu bila chant nanti, bangang makan dia. Selain Luci, blog milik Pipiyapong juga mendapat tempat dalam carta minat baca aku bagi garapan sebegini. Nah, pergilah baca kalau anda ada masa untuk dibunuh.

Banyak jugak penulis lain dengan gaya bersahaja, jujur, dan urban sebenarnya macam Obefiend, FdausAmad, van Kordi J Or Ji dan Abdul Sokernet (sekadar menyebut beberapa nama). Semua ni aku mula baca sejak pertengahan 2010 bila aku terjumpa blog Sokernet. Itu baru susur galur Sokernet saja tak termasuk yang aku lawat atau baca hasil tulisan penulis lain pulak lepas tu. Gila banyak mana masa nak aku bunuh untuk semua kan? So, aku lebih tumpukan kepada komunitas Sokernet jika ada modal masa dan sedikit wang untuk sekotak Dunhill.

Eh, lupa pulak. Pesanan aku, jangan klik Sokernet kalau anda jenis susah terima kenyataan tapi mudah butthurt atau bangang bab bola tapi klaim sebagai ultras sebenar-benar dengan hafal chant anjing semata.

Okey, itulah prakatanya boleh aku ceritakan. Pengaruh-pengaruh inilah yang buat aku mula beranakkan blog ni dulu dan macammana terbit objektif untuk penjenamaan semula ini. Dan aku harap dapatlah jumpa kepuasan sebenar menulis sesuatu yang jujur dalam senario penuh ketidakjujuran ni.

Jadi, seruan saya, lebih molek menyahut dasar Penulisan Jujur Pemangkin Klimaks Sebenar daripada dingangakan oleh Dasar Pandang ke Timur atau Dasar Ekonomi Baru atau mana-mana dasar yang atas dasar cinta talam kepuraan bahkan cinta muka buku sekalipun.

Sekian,

Yang jujur,
Pendukung falsafah penulisan jujur. 

Wednesday, June 15, 2011

Big Day

Gua ada kawan .

Beliau mahu mendirikan rumahtangga .

Beliau jemput gua ke wedding dia .

Dan gua tak hadir atas sebab yang agak bengap bagi sesiapa pun mahu pun gua .

Ini betul-betul punya .

Gua rasa bersalah .

Gua nak MINTA MAAF oke .

Dan gua mengirimkan SELAMAT PENGANTIN BARU lagi sekali untuk

Puan Atirah dan Encik Asrul .


 

Nota : IKHLAS =)

Bola

Salam .

Memang gua lama tak update blog gua .

Sekarang gua kasi entry sebab gua ada banyak masa lapang sampai gua tak tahu nak buat apa .

Kali ni gua nak story pasal bola . Sebab apa ? Sebab negeri gua iaitu Terengganu menang FA Cup baru-baru ni . Gua gelak sikit la sebab gua bangga kan negeri gua champion . HAHA

Gua story sikit la kan . FLASHBACK

Kelantan leading hasil jaringan encik Nurul Azwan Roya yang mengechip cantik menyebabkan encik Sarbinee kecewa diperlakukan sebegitu .

Tapi Terengganu tak mengaku kalah .

Saat gua dah tutup muka , tiba-tiba gua bersorak akibat encik Daudsu tertanduk bola ke gawang sendiri setelah encik Apex gagal menahan kemas kuisan encik Manaf Mamat .

Gua bertambah semangat saat Terengganu menguasai permainan pada masa tambahan .

Gua sekali lagi bersorak lantas melompat tatkala rembatan encik Nordin Alias meleret melepasi jangkauan tangan encik Apex .

Kelantan mengasak pasukan Terengganu yang agak longlai setelah mendahului .

Gua berdebar .

" Pritttttt....pritttttttt.....pritttttttttttttttttttttttttttttttt " kata pengadil .

Kelantan 1-2 Terengganu

Gua tak berdebar lagi .

Hebat tak gua jadi commentator ? Terasa macam sedang tonton secara langsung kan ? LOL gua sendirian .

Apa pun tahniah kepada pasukan gua dan juga pasukan Kelantan .

Gua cuma sedikit mual dengan SEGELINTIR penyokong mana-mana pasukan termasuk pasukan gua yang gemar membuat kenyataan berbaur provokasi , sindiran mahu pun menjatuhkan kredibiliti mana-mana pasukan .

Gua ulang " SEGELINTIR " .

Pada hemat gua , ceteknya akal dapat dilihat melalui tindakan kita .



 

Nota : Gua , Aku , Ambe , Kawe , Cheq , Koi , Eden , Kitak , Awok , Saya dan I .

Monday, October 4, 2010

Beza kita ?


 

"maki marahkan aku tak apa , tapi kalau maki menghina diri aku?" nada terpaksa namun dia jujur . Aku terdiam . Kelu , kaku dan bisu . Aku terhina sama , terasa diletak tahi di kepala . Jasad menggeletar akibat amarah tinggi menjulang , lebih tinggi daripada asap rokok berawakan . Tapi yang pasti , dia yang merasa , merasa yang amat lagi . Langsung di subuh 1 Syawal itu , aku bersetuju dengan amarahnya .


 

Ringkasan : bila kau angkat maruah dan kedudukan kau kepada dunia dengan akal , aku julangkan jari tengah aku kepada kau juga dengan akal . Kau hina cara kau , aku hina cara aku .

Wednesday, August 11, 2010

mak

. sila bersabar .

Wednesday, June 9, 2010

Sepi itu sendiri


 

Ruang waktu ini sepi ,
Dalam trapezium ini sepi ,
Di tengah keramaian itu sepi ,
Menyusur pekat malam sepi ,
Dengan hayunan langkah sepi .

Lalu mendongak dalam sepi ,
Kelip bintang menari-nari ,
Memalit senyum sendiri ,
Dan sepi lagi .

Sepi itu sendiri ,
Sendiri menghulur mimpi ,
Mimpi tanpa pelangi .


Monday, June 7, 2010

Mimpi


 

Masih lagi begini belum kuat lagi
Resah hati mahu saja lari
Padahal berkali berjanji tidak lagi
Tapi berkali rasa itu datang lagi
Dan aku berhenti
Mengait mimpi itu lagi

Kesekian kali kuhambat pergi
Kembali kau tawarkan mimpi
Aku mahu lari tapi kaki terhenti
Dan aku resah semakin gelisah
Lupa cinta, cita, dan harapan
Berganti obsesi penuh warna
Walau semua itu kusedari

Apakah esok juga begini ?
Biar tak pasti aku cuba berdiri
Sekalipun hanya debu hasrat menemani
Semoga kau tak menyapa lagi
Biarku berlari hingga ku kembali
Bersama mimpi yang bukan mimpi