Thursday, December 27, 2012

Prakata Penjenamaan Semula

Lepas penat buang masa fikir, aku putuskan untuk penjenamaan semula blog bagi mengelakkan ianya pupus. Dengan misi "Penulisan Jujur Pemangkin Klimaks Sebenar", ianya semacam destinasi bagi blog ini. Kiranya sebelum ni aku menulis jujur jugak, tapi kurang jelas arah, maka kurang kepuasan bagi aku. Kalau dalam bidang senggama macam kurang sampai puncak klimaksnya. Begitulah kurang lebih perumpamaannya.

Baiklah, membaca bukan pilihan utama aku untuk diisi dalam ruangan hobi kalau tulis biodata masa sekolah rendah dulu. Sebab tu agaknya aku kurang cerdik macam sang kancil yang menipu buaya. Namun sesetengah buku, artikel, kitab, manuskrip atau karangan mampu menggoyangkan prinsip malas membaca aku. Setakat ini terdapat 2 gaya bahasa yang aku rasa bergaya dan tertawan. Mohon baca selanjutnya.

Imbas kembali, lahir blog aku adalah hasil pengaruh penulisan seorang senior waktu aku lanjut pengajian di salah satu universiti kerajaan dulu. Klik Jasadbeku untuk cubaan baca. Aku suka gaya bahasa beliau yang bagi aku mudah, klasik, berseni, so deep yet true dan power betul macam saing-saing dengan A. Samad Said. Okey, kalau tak kenal A. Samad Said aku syak kau mesti mat-mat atau minah-minah novel cinta yang penulis dia nama mesti nak ala unsur romentis, stailista, urban dan berbunga riang. Okey, aku tak kisah pun.

Selain garapan gaya klasik, gaya jujur yang kritis namun humornya tetap ada merupakan garapan yang membuka selera membaca aku. Ini kerana dalam senario dunia sekarang, sampah kepura-puraan, korupsi, agenda gelap, iluminati, Utusan Malaysia, duckface dan Beliebers terlalu banyak. Yang berani berdepan kenyataan pulak bilang jari pun tak habis. Jadi aku mengangkat penulisan jujur dan kritis sebagai karya agung yang berbaloi dibaca. Dah macam barang rare ni tahu.

Pengaruh gaya jujur ini terbit sejak hampir 2 tahun kebelakangan ini terutama daripada Lucius Maximus. Kalau yang katanya ultras Malaya tu, tak kenal Lucius Maximus tapi sama sibuk bangsatkan FAM atau sibuk hafal chant anjing tambah pulak minum air suam nak jaga suara agar merdu bila chant nanti, bangang makan dia. Selain Luci, blog milik Pipiyapong juga mendapat tempat dalam carta minat baca aku bagi garapan sebegini. Nah, pergilah baca kalau anda ada masa untuk dibunuh.

Banyak jugak penulis lain dengan gaya bersahaja, jujur, dan urban sebenarnya macam Obefiend, FdausAmad, van Kordi J Or Ji dan Abdul Sokernet (sekadar menyebut beberapa nama). Semua ni aku mula baca sejak pertengahan 2010 bila aku terjumpa blog Sokernet. Itu baru susur galur Sokernet saja tak termasuk yang aku lawat atau baca hasil tulisan penulis lain pulak lepas tu. Gila banyak mana masa nak aku bunuh untuk semua kan? So, aku lebih tumpukan kepada komunitas Sokernet jika ada modal masa dan sedikit wang untuk sekotak Dunhill.

Eh, lupa pulak. Pesanan aku, jangan klik Sokernet kalau anda jenis susah terima kenyataan tapi mudah butthurt atau bangang bab bola tapi klaim sebagai ultras sebenar-benar dengan hafal chant anjing semata.

Okey, itulah prakatanya boleh aku ceritakan. Pengaruh-pengaruh inilah yang buat aku mula beranakkan blog ni dulu dan macammana terbit objektif untuk penjenamaan semula ini. Dan aku harap dapatlah jumpa kepuasan sebenar menulis sesuatu yang jujur dalam senario penuh ketidakjujuran ni.

Jadi, seruan saya, lebih molek menyahut dasar Penulisan Jujur Pemangkin Klimaks Sebenar daripada dingangakan oleh Dasar Pandang ke Timur atau Dasar Ekonomi Baru atau mana-mana dasar yang atas dasar cinta talam kepuraan bahkan cinta muka buku sekalipun.

Sekian,

Yang jujur,
Pendukung falsafah penulisan jujur.