Wednesday, September 16, 2009

Apalah salahnya berhenti

Apalah salahnya berhenti ,

Sekejap perjalanan dimensi ini ,

Toleh .


 

Bukan ketidakpintaran ,

Yang gelap dibangga , yang terang disika ,

Pun bukan tiada kekuatan ,

Lemas tenggelam di lautan kegilaan ,

Bukan juga tiada kelihatan ,

Gah api berjirankan tanah ,

Dan bukan satu ketidaksengajaan ,

Seolah Jahannam didakapan .


 

Aku itu aku ,

Tiada salahnya berhenti ,

Jadi apalah salahnya berhenti .

Tanah kechil di khatulistiwa

Dinding tiga , empat atau lima ,

Mahu tak mahu hendak tak hendak , bersegi juga .

Conteng hitam , putih atau merah ,

Mahu tak mahu hendak tak hendak , warna juga .

Lidah pahit , manis atau kelat ,

Mahu tak mahu hendak tak hendak , rasa juga .


 

Itu Ali , Ah Chong dan Muthusamy ,

Selatan pun , timur pun , barat pun , temu utara juga .

Nun di khatulistiwa , tanah ini kechil saja ,

Tahu tiada dua , apalah salah dijaga ?


 

Dan Ali , Ah Chong dan Muthusamy ,

Terkait kelingking tertunjuk telunjuk pun ,

Pabila mengah , tertinggung ditanah ini juga .


 

Dan ,

Menuju khatulistiwa itu ,

Menuju tanah kechil itu ,

Bersama .

Pintu ini

Bukan ketidaksengajaan , rapat , ketap dan kejap .

Bukan kesengajaan , loceng dikecingkan .


 

Haru aku biru .

Resah aku gelisah .

Porak aku peranda .

Sunday, August 9, 2009

Geylang si manusia


Geylang si paku geylang ,

Geylang si manusia ,

Orang jadilah orang ,

Jadilah orang ,

Jangan binatang .


 

Nota kaki : saya pun manusia .

Bicara untuk dia

Saya diajar ,

Selepas Esa ,

Dahulukan dia ,

Seterusnya dia juga ,

Seterusnya pun dia ,


 

Tiada kata susun bicara ,

Betapa mulia persatu jerihnya ,

Dari menggendong beban di rahimnya ,

Hingga menggendong beban di bahunya ,


 

Dia itu mak saya ,

Dan saya sayang mak saya .


 

p/s : selamat hari ulangtahun kepada mak saya . semoga sentiasa di sinar keredhaan-Nya


 

Thursday, July 16, 2009

Suatu petang tadi…

Gadis berambut curly berbaju pink belang : kak, ade tisu x?

Tiada jawapan….

Gadis berambut curly berbaju pink belang : macam cakap dgn dinding(perlahan2)

Sy hanya tersenyum kechil smbil memndang beliau d sebelah saya…

Gadis berambut curly berbaju pink belang : ahh,siallah!(smbil berlalu pergi)


 

Lokasi : d sebuah gerai d Putra Food Court

Tuesday, July 14, 2009

‘Monday’ ialah Isnin

Semester ini sy tdk suka melihat jadual klas sy yg begitu byk warna warninya…sy juga blom menbuat salinan dlm bntuk kertas utk d tmpal d papan putih meja saya,jadi sy terpaksa mmbuka menggunakan perisian Microsoft Excel andai mahu melihatnya…yer,nnti sy akn membuat salinan dlm bntuk kertas….

Hari ini Monday atau Isnin…sy bangkit d pagi hari dr kamar berwarna biru sy dan mncapi tuala sblm mmbuat rutin spt berkumur,gosok gigi,mandi dan lain2….utk informasi anda,sy bersiap utk mnimba ilmu…sy memulakan langkah bersama Azam menuju ke kenderaan sy iaitu TT saya…sblm sy terlupa,sy tdk menyisir rambut sy kerna sy jrg mmbuatnya…klas sy bermula 8 pagi d fakulti pertanian 2 yg terletak nun d atas bukit…Che Lah mmulakan sesi pemberian ilmu kpd kami hasil silibar Kultur Krustasea…pd 9.15 am,Che Lah tlah mmberikan msa rehat kpd mnda memandangkn pelajar beliau kelihatan sedikit tertekan atau stress…sy mnggunakan peluang itu tuk mnghisap rokok d tandas bersama2 3 jejaka lain yg tdk saya tahu nama…2 drpdnya menghisap rokok spt saya…selepas itu,sy mnyambung sesi olahan Che Lah hingga pukul 10 pg..utk pengetahuan anda juga,ingatan tdk mnyisir rmbut sy pd mulanya td,tiada kne mengena langsung dlm crita ini….

Jam 10 pagi sy bergegas ke klas Dr Shapoor yg mmberikan ilmu beliau dlm bentuk kajian Genetik & Pembiakbakaan Ikan…beliau jga mmberi rehat pd minda pda jam 11.10 pagi…sy jga mnghisap rokok ttp sedikit shj hasil pmberian kwn saya iaitu Maput atau Ringan Jahat…sekembalinya sy ke klas,Dr Shapoor mneruskan usaha beliau mmberi ilmu kpd kami…walaupon sy tdk faham langsung apa yg d ungkapkn ole beliau, sy berusaha menmpukan perhatian smbil fikiran melayang2…beliau mmbekalkn nota juga kps kami…terima kasih Dr Shapoor….beliau mnamatkan klas pd jam 12 tghari…

Sy dan Azam bergegas pulang dan smpat mmbeli nasi bungkus sbgai sntapan tghari di Putra Food Court..kami makan tghari d bilik sy bersama2 Safuan dan Hafifi…

Jam 2 ptg sy bergerak ke Ladang 10 utk amali Kultur Krustasea slps mndi dan mmbuat kerja lapangan dlm mengira isipadu kolam dan stok kultur…sy berada dlm kmpulan yg terdiri drpd sy,Nik Fazilah,seorang gadis,seorang lg gadis dan seorang jejaka berketurunan Cina…ya ,sy hnya tahu nama seorang sj ahli kumpulan sy….bagaimanapun kami tdk mnghadapi masalh dlm mnyiapkan kerja kmpulan kami…sy juga terserempak dgn kwn2 sy yg laen d Ladang 10,antaranya ialah Islah,Mie Afro,Panjang dan lain2…kerja lapangn itu tamat pd 4.20 ptg,40 minit lbih awal…sy pulang ke bilik…sempat juga meminum air d Putra Food Court bsama Azam sblm smpi ke bilik….sy bersiap lagi utk ke klas sterusnya…ahh,sblm sy lupa,sy terserempak dgn Umi iaitu pengurus kolej sy sblm sy smpi ke bilik dan brsmbang sekejap dgn beliau juga tdk lupa dgn Liyana atau Melah,Salsabila dan Didi…

Slpas bersiap,sy dan Azam bergerak ke FBMK untuk ke klas Bhs Arab pd 5 ptg…kami terkejut kerna tiada org d dlm klas sblm mndapt berita klas kami d tukar tmpat…itulah pegajaran kerna tdk ke klas pd minggu lpas…ilmu Bhs Arab d berikan ole Ustazah Siti sehingga pukol 7 ptg…klas Ustazah Siti mmbuatkn penat sy hilang….sy belajar dgn gembiranya….

Sy sebenarnya ingin mnymbung crita pd bahgian mlm ttp sy tdk larat pula…sy abeskn d sini sj lah…mngkin sy akn menulis lagi d ruangan bicara sy ini pd waktu lain….sekian,terima kasih...