Manusia ini semuanya mahu syurga, tapi semua tak mahu mati kerana semua tahu andai mati, semua ke neraka, padahal kalau nak ke syurga wajibnya mati.
Friday, February 6, 2009
Palestin
Lihat itu,
Tawa nya di bedil,
Riangnnya di sangkarkn,
Tangisnya d curahkan,
Hati d kunci ketakutan…
Debu yg berawakan,
Dilanggar bedilan dihujan peluru,
Mandian kebiasaan…
Zionis, Israel, Amerika,
Engkau hebat,
Angkuh menanam keegoan,
Menyemai benci dunia,
Sehebat kereta kebal,
Sepantas jet pejuang,
Segah bom berangkai yg kau hujankan…
Tapi engkau lupa,
Palestin,
Palestin tetap berdiri,
Akan terus berdiri,
Di atas kereta kebal,jet pejuang dan bom berangkai,
Jasad Palestin yg rebah bukan tewas,
Kerana,
Jasad Palestin yg bernyawa,
Akan memijak keangkuhan rejim….
Biarpun tujahan peluru bak hujan,
Jihad Palestin hanya batu-batuan,
Tapi taufan beributan…
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
*hanya cebisan luahan…Palestin akan tetap berdiri dgn izin Allah s.w.t
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment