Wednesday, August 11, 2010

mak

. sila bersabar .

Wednesday, June 9, 2010

Sepi itu sendiri


 

Ruang waktu ini sepi ,
Dalam trapezium ini sepi ,
Di tengah keramaian itu sepi ,
Menyusur pekat malam sepi ,
Dengan hayunan langkah sepi .

Lalu mendongak dalam sepi ,
Kelip bintang menari-nari ,
Memalit senyum sendiri ,
Dan sepi lagi .

Sepi itu sendiri ,
Sendiri menghulur mimpi ,
Mimpi tanpa pelangi .


Monday, June 7, 2010

Mimpi


 

Masih lagi begini belum kuat lagi
Resah hati mahu saja lari
Padahal berkali berjanji tidak lagi
Tapi berkali rasa itu datang lagi
Dan aku berhenti
Mengait mimpi itu lagi

Kesekian kali kuhambat pergi
Kembali kau tawarkan mimpi
Aku mahu lari tapi kaki terhenti
Dan aku resah semakin gelisah
Lupa cinta, cita, dan harapan
Berganti obsesi penuh warna
Walau semua itu kusedari

Apakah esok juga begini ?
Biar tak pasti aku cuba berdiri
Sekalipun hanya debu hasrat menemani
Semoga kau tak menyapa lagi
Biarku berlari hingga ku kembali
Bersama mimpi yang bukan mimpi


Friday, February 26, 2010

Off to Jerangkang

 

14 feb – 16 feb 2010

Cant find words to describe it !

Happening n watsoeva !!!





 

Parau – perancang modus operandi

Janda – rejimen khas

Tempe – rejimen tentera bergajah

Pecut – pasukan pengebom berani mati

Kasut – rejimen kenderaan perang

Ketoi – rejimen forensic

Paip – unit bekalan senjata

Shahir – unit risikan khas

Pablo – unit tatatertib

Cair – komando khas

Aida – unit kelengkapan rapi

Reby – unit kawalan

Huda – unit makanan

Wednesday, February 24, 2010

Dalam kebisingan dan kebinasaan


 

figura ini bukan diam dalam kebisingan ,

malah berlumba-lumba ,

dan kebisingan tetap menang ,

hanya kerana dalam kebinasaan .

Tuesday, February 23, 2010

Tentang mata

Hari bersilih ganti ,

Yang semalam tak kembali ,

Yang esok belum pasti ,

Dan menatap kesekian kali ,

Dalam matamu yang semakin mati .


 

Dan aku menatap lagi ,

Dalam matamu yang semakin mati ,

Satu atau infiniti yang aku cari ,

Hanya tentang mata ini .


 

Dalam matamu yang semakin mati ,

Aku memandang lagi mencari ,

Tentang mata ini ,

Yang semakin mati .

Sunday, February 14, 2010

Kau itu aku


Ada penceroboh !
Mana zon selamat kau ?
Mana lingkaran sempadan kau ?
Kenapa mudah lut ?
Kau sedarkah dalam sedar kau ?
Kau mampukah ?
Kau nak tuding pencerobohkah , bila mana kau lihat jejak kau ?
Itulah kau , sedar dalam sedar tapi tak sedar !!!