Manusia ini semuanya mahu syurga, tapi semua tak mahu mati kerana semua tahu andai mati, semua ke neraka, padahal kalau nak ke syurga wajibnya mati.
Tuesday, June 16, 2009
Wednesday, April 22, 2009
PENAT
Akses internet telah pon d baek pulih…ohh..semestinya majority pengguna di kolej menunjukkan ekspresi emosi gembira…sejak sabtu yang lepas kolej seakan bisu berikutan sedikit masalah teknikal d pihak uspot…haha
Selasa, jam 4 pm, setelah mengoyakkan kertas jawapan dan asingkan kepada 2 bahagian seperti arahan Dr. Annie Christianus sebelom menghantar kpdnya lalu meminta maaf kerana mnjwb tdk menurut arahan beliau, berjalan keluar…maka tamat sudah peperiksaan akhirkuwh..balik dgn emosi lega smbil lagu iklan scoot emulsion d dendangkn oleh diri sendiri walaupon tahu suare tdk merdu bak buluh perindu…
Dalam kelegaan terasa sangat penat.. penat..penat..
Tidak tawu macammane mahu menerangkannya…dan sebentar lagi terusan memenatkan diri lagi…okeyh, perlu bersiap untuk pergi berpenat lagi…selamat maju jaya kepada semua yang maseh giat dan tekun menghadapi peperiksaan…
Tuesday, March 31, 2009
Jangan bikin onar d awal pagi
Bingkas mata tercelik…dalam kedinginan, cuba mengelak mataku bersua dgn cahaya pendafluor…ahh, siku terhentak badan gitar kayu berwarna hitam…ku tenangkn diri cuba memahami…ohh, mgkin kerna keletihan smlmnya…kelihatan laptopkuwh mnunjukn skrin muka 'welcome' dn menunggu kata laluan d masokkan smbil papan kekunci d timpa gitar…beg sekolahku d bwh kepalakuwh….ohh, inilah akibatnya andai waktu tidor yg tdk sempurna rancangannya...ku akui sebab musabab…
Lantas ku alihkan pndngan ke Motorola V3xx kuwh yg sedia menanti d sebelahkuwh utk berkhidmat mnunjukkan waktuh d kala seperti ini…ahhh, 5:30a.m….
Terlalu awal bagikuwh andai d kira faktor tenaga yg perlu d pulihkan…kenapa begitu awal sekali ku terjaga dari mimpi??yahh,kerna kuwh dpt mendengar dan merasakan onar keributan yg berlaku…keributan yg seolah2 peperangan…dan hanya d pisahkan dgn sekeping papan yg kuwh panggil pintu….apakah?mengapakah?
ADE HANJENG SESAT NAEK BLOK…BISING GILER…PASTU DAK2 NIE DOK HALAU SAMPAI HANJENG TUH MENGAMBIL JALAN SINGKAT DAN TANPA BERFIKIR PANJANG CUBA MEMBUINUH DIRI DGN TERJUN DARI TOP FLOOR..
Ini adalah post sebab hanjeng tuh!!!!haahah…smbil2 tgu klas pukol 8…..aiyohhh~
(Tp satu yg kuwh hairan…rumetkuwh si kasot, rilek jer tdo…bengang je gua kan….hahhahahha…)
Wednesday, March 25, 2009
Entry sifar
Menangguk di air tenang
Melihat wajah sendiri
Airmataku maseh bergenang
Bagai luka di sayat duri
Kehidupan penuh hampa
Menanti secebis kaseh
Bersedih duka nestapa
Hati berkelana maseh
Ke mana listrikmu
Menghilang kekuatan
Di mana listrikku
Seakan tak berkesan
Wajahmu menyerlahkan
Penantian suatu ego
Mana dingin bayu
Mana listrikku
Friday, March 6, 2009
mari berenungan
Apa yang nak dihiraukan
Mata sepet mata bulat
Kulit hitam kuning langsat
Jalan lurus jangan sesat
Pipit sama enggang
dah lama terbang sama
Inikan kita manusia
mengapa bermasam muka?
Friday, February 6, 2009
Palestin

Lihat itu,
Tawa nya di bedil,
Riangnnya di sangkarkn,
Tangisnya d curahkan,
Hati d kunci ketakutan…
Debu yg berawakan,
Dilanggar bedilan dihujan peluru,
Mandian kebiasaan…
Zionis, Israel, Amerika,
Engkau hebat,
Angkuh menanam keegoan,
Menyemai benci dunia,
Sehebat kereta kebal,
Sepantas jet pejuang,
Segah bom berangkai yg kau hujankan…
Tapi engkau lupa,
Palestin,
Palestin tetap berdiri,
Akan terus berdiri,
Di atas kereta kebal,jet pejuang dan bom berangkai,
Jasad Palestin yg rebah bukan tewas,
Kerana,
Jasad Palestin yg bernyawa,
Akan memijak keangkuhan rejim….
Biarpun tujahan peluru bak hujan,
Jihad Palestin hanya batu-batuan,
Tapi taufan beributan…
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
*hanya cebisan luahan…Palestin akan tetap berdiri dgn izin Allah s.w.t
Friday, January 23, 2009
monolog
Sejenak bermonolog dgn hati sndri…manusia itu berbeda…aneh bila memikirkannya,lucu bila menyelaminya,senang mendampinginya,kepelbagaian emosi bergentayungan bila memahaminya…
Kadang2, tersalah tafsir…tafsiran yg d buat tnpa memahami...jangkauan pemikiran tdk serupa…tetapi langkah kita sama…kebenaran tentang kehidupan itu d depan mata…ak tdk menyalahknnya andai pndanganku d salah tfsir…ak tdk kecewa…ak bermonolog untuk diriku…pndanganku untuk diriku…untuk hatiku yg lemah…ak tdk tujukan utk sesiapa selain untuk aku…ak senang memerhati langkah manusia, kerna ak belajar sesuatu darinya…setiap persoalan yg timbol adalah untuk penyembuhan diri untuk mnjadi lebih baik…
Bersandar di bucu katil, ak asyik mndgr butir2 kata yg d tuturkan….kecelaruan hatinya seorang remaja…cerita yg d kisarkn jelas melukis konflik…konflik yg bisa mmbuat onar dlm persahabatan…3 jiwa terpampang dlm kotak pndanganku…si pahlawan mahukan kebenaran,si jejaka seolah mempunyai agenda dan si gadis keliru terhadap persoalan yg d mainkan…persahabatan yg bisa d goyahkn dgn hadirnya cinta yg blom pasti…usahlah d korbankan persahabatan itu….andai benar,persoalan itu akn terjawab dgn izinNya….kerna setiap kesabaran itu ada ganjaran d sebaliknya…
D meja bulat itu, seolah muram…benih yg d semai blom bercambah…benih yg di harap mnjadi pohon merimbun…rimbunan yg mampu meneduhkan si pengembara, menarik sang burung berkicauan d dahan yg kukuh, pohon yg gah….katanya pohon yg gah dgn cabang dahan mengikut iklim sekitaran…ya,benih itu perlu di siram di bajai…tp bukan di pangkas2 ketika mula bercambah…usah jadikan seakan bonsai yg bole di rimbun sesuka hati…biarlah pohon itu tumbuh dgn rimbunnya sendiri…bebas mncari cahaya matahari melakukan fotosintesis….usahlah di cantas2 mlah d semai dgn benih2 patologi dan perosak….biarlah ianya bebas bercambah d bwh matahari….benih itu mampu mncari air,nutrient dan cahaya,tp ttp mahukan siraman dan bajaan…bajailah dan siramilah, tp tdk bermkna benih itu perlu tumbuh mengikut kehendak si penyiram dan pembaja seolah bonsai….berilah ruang dahannya bercabang dgn sendiri….ruang pernafasan cara sendiri…meja bulat itu maseh muram melihat benih yg d semai….