Sunday, June 21, 2009

Ada dan tiada

Ada,tak pernah ada

Milik,tak pernah rasa

Punya,tak pernah lupa

Kita serupa tak sama

Kau kata punya gembira

Aku turut tawa

Walau tdk merasa

Kata ibu,"dia tetap bapa"

Aku mengiya walau tak rasa..

Tuesday, June 16, 2009

i think

they said 'love hate lies'..but when they start to love yet they start to lie...

Wednesday, April 22, 2009

PENAT

Akses internet telah pon d baek pulih…ohh..semestinya majority pengguna di kolej menunjukkan ekspresi emosi gembira…sejak sabtu yang lepas kolej seakan bisu berikutan sedikit masalah teknikal d pihak uspot…haha

Selasa, jam 4 pm, setelah mengoyakkan kertas jawapan dan asingkan kepada 2 bahagian seperti arahan Dr. Annie Christianus sebelom menghantar kpdnya lalu meminta maaf kerana mnjwb tdk menurut arahan beliau, berjalan keluar…maka tamat sudah peperiksaan akhirkuwh..balik dgn emosi lega smbil lagu iklan scoot emulsion d dendangkn oleh diri sendiri walaupon tahu suare tdk merdu bak buluh perindu…

Dalam kelegaan terasa sangat penat.. penat..penat..

Tidak tawu macammane mahu menerangkannya…dan sebentar lagi terusan memenatkan diri lagi…okeyh, perlu bersiap untuk pergi berpenat lagi…selamat maju jaya kepada semua yang maseh giat dan tekun menghadapi peperiksaan…

Tuesday, March 31, 2009

Jangan bikin onar d awal pagi

Bingkas mata tercelik…dalam kedinginan, cuba mengelak mataku bersua dgn cahaya pendafluor…ahh, siku terhentak badan gitar kayu berwarna hitam…ku tenangkn diri cuba memahami…ohh, mgkin kerna keletihan smlmnya…kelihatan laptopkuwh mnunjukn skrin muka 'welcome' dn menunggu kata laluan d masokkan smbil papan kekunci d timpa gitar…beg sekolahku d bwh kepalakuwh….ohh, inilah akibatnya andai waktu tidor yg tdk sempurna rancangannya...ku akui sebab musabab…

Lantas ku alihkan pndngan ke Motorola V3xx kuwh yg sedia menanti d sebelahkuwh utk berkhidmat mnunjukkan waktuh d kala seperti ini…ahhh, 5:30a.m….

Terlalu awal bagikuwh andai d kira faktor tenaga yg perlu d pulihkan…kenapa begitu awal sekali ku terjaga dari mimpi??yahh,kerna kuwh dpt mendengar dan merasakan onar keributan yg berlaku…keributan yg seolah2 peperangan…dan hanya d pisahkan dgn sekeping papan yg kuwh panggil pintu….apakah?mengapakah?

ADE HANJENG SESAT NAEK BLOK…BISING GILER…PASTU DAK2 NIE DOK HALAU SAMPAI HANJENG TUH MENGAMBIL JALAN SINGKAT DAN TANPA BERFIKIR PANJANG CUBA MEMBUINUH DIRI DGN TERJUN DARI TOP FLOOR..

Ini adalah post sebab hanjeng tuh!!!!haahah…smbil2 tgu klas pukol 8…..aiyohhh~

(Tp satu yg kuwh hairan…rumetkuwh si kasot, rilek jer tdo…bengang je gua kan….hahhahahha…)

Wednesday, March 25, 2009

Entry sifar

Menangguk di air tenang

Melihat wajah sendiri

Airmataku maseh bergenang

Bagai luka di sayat duri

Kehidupan penuh hampa

Menanti secebis kaseh

Bersedih duka nestapa

Hati berkelana maseh

Ke mana listrikmu

Menghilang kekuatan

Di mana listrikku

Seakan tak berkesan

Wajahmu menyerlahkan

Penantian suatu ego

Mana dingin bayu

Mana listrikku

Friday, March 6, 2009

mari berenungan

Apa yang nak dihiraukan

Mata sepet mata bulat

Kulit hitam kuning langsat

Jalan lurus jangan sesat

Pipit sama enggang

dah lama terbang sama

Inikan kita manusia

mengapa bermasam muka?

Friday, February 6, 2009

Palestin




Lihat itu,
Tawa nya di bedil,
Riangnnya di sangkarkn,
Tangisnya d curahkan,
Hati d kunci ketakutan…

Debu yg berawakan,
Dilanggar bedilan dihujan peluru,
Mandian kebiasaan…

Zionis, Israel, Amerika,
Engkau hebat,
Angkuh menanam keegoan,
Menyemai benci dunia,
Sehebat kereta kebal,
Sepantas jet pejuang,
Segah bom berangkai yg kau hujankan…

Tapi engkau lupa,
Palestin,
Palestin tetap berdiri,
Akan terus berdiri,
Di atas kereta kebal,jet pejuang dan bom berangkai,
Jasad Palestin yg rebah bukan tewas,
Kerana,
Jasad Palestin yg bernyawa,
Akan memijak keangkuhan rejim….

Biarpun tujahan peluru bak hujan,
Jihad Palestin hanya batu-batuan,
Tapi taufan beributan…

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

*hanya cebisan luahan…Palestin akan tetap berdiri dgn izin Allah s.w.t